Thursday, March 1, 2018

PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI

1.1.6    PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI


            Al-Quran telah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dan sebab-sebab pengharamannya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu haram untuk selama-lamanya dan haram untuk sementara waktu sahaja. Sebab-sebab menjadi haram yang berkekalan adalah disebabkan oleh keturunan, persusuan dan persemendaan. Manakala pengharaman untuk sementara waktu itu disebabkan penghimpunan dan sebagainya lagi yang mana akan dihuraikan di bawah secara terperinci.


1.1.6.1             Orang Yang Diharamkan Kahwin Dan Sebab-Sebab Yang Menjadikan Haram


                   Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian iaitu haram untuk selama-lamanya dan haram untuk sementara waktu sahaja.








1.1.6.2             Dalil Perempuan Yang Haram Dikahwini



Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 23 :





Maksudnya:

            Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, emak-emak saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara kamu di sebelah ibumu, anak-anak saudara kamu dari saudara lelaki kamu dan anak-anak saudara kamu dari saudara perempuanmu, juga ibu-ibu susuan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu (ibu mentua), anak anak perempuan isteri kamu (anak tiri) yang dalam pemeliharaan dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampurinya (dan sudah kamu ceraikan) maka tidak berdosa kamu mengahwininya, dan diharamkan bagi kamu mengahwini isteri-isteri anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu (menantu) dan diharamkan kamu menghimpunkan (mengahwini) dua orang perempuan bersaudara, kecuali yang sudah terjadi di masa yang lalu.






No comments:

Post a Comment

1🈵LATEST NEWS1🈵🈴123

1🈵LATEST NEWS🈵🈴123 -123unikl ipoh thank - lee -123Universiti di Ipoh -123Dekat Universiti Kuala Lumpur Bota -123Delete Delete -123Tolo...