Friday, March 23, 2018

Bab 3 - SET - (CONTOH 1 - CONTOH 4)

CONTOH 1

Senaraikan unsur - unsur setiap set berikut dalam tanda kurung  {    }.
(a) set A ialah set huruf - huruf konsonan dalam perkataan "GIGIH"
(b) B = {nombor ganjil yang kurang daripada 10}
(c ) C ={x : 10 < x < 20, x integer genap}

Penyelesaian

(a) A = {G, H}            Unsur yang sama tidak perlu diulangi

(b) B = {1, 3, 5, 7, 9}

(c ) C = {10, 12, 14, 16, 18, 20}


CONTOH 2

Tulis setiap set berikut dengan menggunakan perihalan.

(a) R = {Melayu, Cina, India}

(b) S = {2, 3, 5, 7}

Penyelesaian

(a) R ialah set kaum-kaum utama di Malaysia

(b) S ialah set nombor perdana kurang daripada 10.


CONTOH 3

Diberi P = {poligon sekata}

Tentukan sama ada setiap yang berikut merupakan unsur bagi set P atau bukan.

(a) kubus
(b) rombus
(c) lelayang

Penyelesaian

(a) Kubus bukan unsur bagi set P.          Kubus mempunyai isipadu, iaitu dalam bentuk tiga matra
(b) Rombus adalah unsur bagi set P.      Panjang keempat - empat sisi rombus adalah sama
(c ) Lelayang bukan unsur bagi set P.     Panjang sepasang sisi lelayang adalah berbeza daripada
                                                             panjang pasangan sisi yang lain.

INFO:





CONTOH 4

Diberi A = {faktor bagi 30}, B = {empat gandaan 5 yang pertama} dan
C = {nombor perdana yang kurang daripada 15}. Lengkapkan setiap yang berikut
dengan menggunakan simbol
atau Є

(a) 15 ?  A

(b) 25 ? B

(c) 2 ? C

(d) 17 ? C

Penyelesaian

A = {1, 2, 3, 5, 6, 10, 15, 30}
B = {5, 10, 15, 20}
C = {2, 3, 5, 7, 11, 13}

(a) 15  Є  A              15 adalah unsur bagi A

(b) 25 B         25 bukan unsur bagi B

(c) 2  Є C               2 adalah unsur bagi C

(d) 17  C      17 bukan unsur bagi C



JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN - BAB 2 - UNGKAPAN DAN PERSAMAAN KUADRATIK


1🈵LATEST NEWS1🈵🈴123

1🈵LATEST NEWS🈵🈴123 -123unikl ipoh thank - lee -123Universiti di Ipoh -123Dekat Universiti Kuala Lumpur Bota -123Delete Delete -123Tolo...