Friday, April 6, 2018

Bab 4 - PENAAKULAN MATEMATIK - (CONTOH 7-CONTOH 14)

CONTOH 7

Tuliskan pernyataan yang benar dengan menggunakan pengkuantiti semua atau sebilangan berdasarkan objek dan ciri yang diberi.

(a)
Objek : rombus
Ciri : mempunyai sisi yang sama panjang

(b)
Objek : gandaan 3
Ciri : boleh dibahagi tepat dengan 2

Penyelesaian

(a) Semua rombus mempunyai sisi yang sama panjang.
(b) Sebilangan gandaan 3 boleh dibahagi tepat dengan 2.

CONTOH 8

Dengan menggunakan perkataan bukan atau tidak, tuliskan pernyataan yang mengubah kebenaran atau kepalsuan setiap pernyataan berikut:
(a) 3 adalah faktor bagi 10.
(b) Gandaan bagi 10 boleh dibahagi tepat dengan 5.
(c) Semua nombor negatif bernilai kurang daripada sifar.

Penyelesaian

(a) 3 bukan faktor bagi 10
Palsu kepada benar

(b) Gandaan bagi 10 tidak boleh dibahagi tepat dengan 5.
Benar kepada palsu

(c) Bukan semua nombor negatif bernilai kurang daripada sifar.
Benar kepada palsu



















CONTOH 10

Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataan yang diberi dengan perkataan dan.

(a)
Nombor 8 adalah nombor genap.
Nombor 8 adalah gandaan 4.
(b)
Rombus adalah sisi empat.
Trapezium adalah sisi empat.
(c)
Semua faktor bagi 3 adalah nombor ganjil.
Semua faktor bagi 5 adalah nombor ganjil.

Penyelesaian

(a) Nombor 8 adalah nombor genap dan gandaan 4.
(b) Rombus dan trapezium adalah sisi empat.
(c) Semua faktor bagi 3 dan 5 adalah nombor ganjil.























1🈵LATEST NEWS1🈵🈴123

1🈵LATEST NEWS🈵🈴123 -123unikl ipoh thank - lee -123Universiti di Ipoh -123Dekat Universiti Kuala Lumpur Bota -123Delete Delete -123Tolo...