Thursday, April 5, 2018

Bab 4 - PENAAKULAN MATEMATIK - CONTOH 6

CONTOH 6

Tentukan sama ada setiap pernyataan berikut boleh diperluaskan untuk menggambarkan setiap kes dengan menggunakan pengkuantiti semua tanpa mengubah kebenaran pernyataan itu

(a) Nombor ganjil 3 adalah faktor bagi 12.
(b) Gandaan 6 adalah gandaan 3.

Penyelesaian

(a) Tidak boleh diperluaskan menjadi 'Semua nombor ganjil adalah faktor bagi 12'.
  Palsu, 5 dan 13 adalah nombor ganjil tetapi bukan faktor bagi 12

(b) Boleh diperluaskan menjadi 'Semua gandaan 6 adalah gandaan 3'.  Benar

Bab 4 - PENAAKULAN MATEMATIK - CONTOH 5

CONTOH 5

Tentukan sama ada setiap pernyataan yang berikut benar atau palsu.

(a) Semua heptagon mempunyai tujuh sisi
(b) Semua nombor perdana adalah nombor ganjil.

Penyelesaian

(a) Benar
(b) Palsu     2 adalah nombor perdana yang juga merupakan nombor genap

Bab 4 - PENAAKULAN MATEMATIK - (CONTOH 1 - CONTOH 4)

CONTOH 1

Tentukan sama ada ayat berikut merupakan pernyataan atau bukan.

(a) Suatu pentagon mempunyai lima sisi.
(b) 21 adalah nombor perdana
(c) 4 + 7 = 47
(d) Bolehkah 129 dibahagi tepat dengan 3?
(e) Jawab empat soalan sahaja.
(f) Jangan bohong!

Penyelesaian

(a) Pernyataan - Benar
(b) Pernyataan - Palsu
(c) Pernyataan - Palsu
(d) Bukan pernyataan - Pertanyaan
(e) Bukan Pernyataan - Arahan
(f) Bukan pernyataan - Seruan













CONTOH 3

Tuliskan satu pernyataan benar dan satu pernyataan palsu  yang melibatkan nombor dan simbol berikut:

(a) 3, 5, >.
(b) {1, 2, 3},{1}, C






CONTOH 4

Lengkapkan setiap pernyataan berikut dengan pengkuantiti yang sesuai supaya
menjadikannya pernyataan benar.

(a) ?? segi tiga adalah poligon
(b) ?? unsur dalam set A = {a, b, c, d, e} adalah huruf vokal.

Penyelesaian

(a) Semua segi tiga adalah poligon.
(b) Sebilangan unsur dalam set A = {a, b, c, d, e} adalah huruf vokal.





Latihan Pengukuhan


1🈵LATEST NEWS1🈵🈴123

1🈵LATEST NEWS🈵🈴123 -123unikl ipoh thank - lee -123Universiti di Ipoh -123Dekat Universiti Kuala Lumpur Bota -123Delete Delete -123Tolo...