Saturday, March 3, 2018

Latihan Pengukuhan

1. Hitungkan nilai bagi 53.47 - 3.64 ÷ 0.08 dengan memberi jawapan tepat kepada dua angka bererti.

2. Hitungkan nilai 2.1 x 0.05 + 0.846 ÷ 60 dengan memberi jawapan tepat kepada dua angka bererti.

3. Hitungkan nilai bagi 2.3 x (5 - 0.21) dengan memberi jawapan tepat kepada tiga angka bererti.

4. Hitungkan nilai bagi 4.5 x 0.02 - 0.028 8 ÷ 30 dengan memberi jawapan tepat kepada dua angka bererti.
5. Hitungkan nilai bagi  dengan memberi jawapan tepat kepada dua angka bererti.
6. Anggarkan nilai   dengan memberi jawapan tepat kepada 1 angka bererti.

7. Jarak yang dicatatkan oleh seorang peserta lompat jauh dalam tiga percubaan ialah 4.35m, 5.44m, dan 4.92m. Hitungkan min jarak lompatan peserta itu. Berikan jawapan anda tepat kepada 3 angka bererti.

8. Sebuah mesin dapat mengeluarkan 135 cip komputer dalam 1 minit. Hitungkan bilangan cip yang dapat dikeluarkan oleh mesin yang beroperasi berterusan selama 5 hari. (Berikan jawapan tepat kepada 2 angka bererti).

9. (a) Tuliskan nilai 0.003 8 dalam bentuk piawai.
    (b) Hitungkan nilai bagi 6.3 x 8 x 10^5 dan ungkapkan jawapannya dalam bentuk piawai.

10. (a) Hitungkan nilai bagi 6.04 ÷ 10 x 9.1
      (b) Bundarkan jawapan bagi (a) kepada tiga angka bererti.

11. Ungkapkan dalam bentuk piawai.
 (a) 832 000
 (b) 9 (8 x 10^ -5)

12. Hitungkan nilai bagi (3.6 x 10^9) / 800 dan ungkapkan jawapannya dalam bentuk piawai.

13. Ungkapkan dalam bentuk piawai.
(a) (0.3)^3
(b) 48 ÷ (2 x 10^ -1)

14. Hitungkan nilai bagi (4.3 x 10^ -5) - (5 x 10^ -6) dan ungkapkan jawapannya dalam bentuk piawai.

15. Hitungkan nilai bagi 4 400 / ( 8 x 10^ -2) dan ungkapkan jawapannya dalam bentuk piawai.

16. (a) Hitungkan nilai bagi (15 - 0.08) ÷ 0.04
      (b) Bundarkan jawapan dalam (a) kepada dua angka bererti.

17. Diberi x = 4.8 x 10^5 dan y = 6 x 10^4. Hitungkan nilai bagi setiap yang berikut dengan memberi jawapannya dalam bentuk piawai.
(a) 5x
(b) x + y

18. Hitungkan nilai bagi (6.3 x 10^7) x (7 x 10^ -3) dengan memberi jawapannya dalam bentuk piawai.

19. Jisim satu atom hidrogen ialah 1.7 x 10^ -24 g. Hitungkan jumlah jisim bagi 8 x 10^11 atom hidrogen.

20. Luas sebidang tanah berbentuk segi empat tepat ialah 4.8 x 10^5 m2. Jika panjang tanah itu ialah
(1.5 x 10^2) m, hitungkan lebarnya.









4 comments:

  1. Jawapan no. 1

    53.47 - (3.64 / 0.08)

    =(3.64 / 0.08) = 45.5(Ans)

    = 53.47 - Ans

    = 53.47 - 45.5 = 7.97

    = 8.0 (kepada 2 angka bererti)

    = 8#

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Jawapan no. 2

    (2.1 x 0.05) + (0.846 / 60)

    = 0.105 + 0.0141

    = 0.1191

    = 0.12 (kepada 2 angka bererti)

    ReplyDelete

1🈵LATEST NEWS1🈵🈴123

1🈵LATEST NEWS🈵🈴123 -123unikl ipoh thank - lee -123Universiti di Ipoh -123Dekat Universiti Kuala Lumpur Bota -123Delete Delete -123Tolo...